Thursday 20 June 2013

Muhasabah diri


Kadang kala kita berdoa untuk kuat, tapi banyak pula dugaan yang datang.. kadang-kadang kita minta cerdik, tapi masalah pula yang bertandang.. Kadang-kadang kita minta kebahagian, tetapi kekecewaan pula menjelang.. Aku pasrah.. Ya Rahman Ya Rahim berilah aku kekuatan utk meneruskan kehidupan ini...

Menulis kerana itu cara aku memberitahu diri, menulis kerana itu cara aku memahami erti, menulis kerana ia dan diri ini sudah sebati, menulis kerana itu satu cara aku menentang kesedihan hati.. Agar suatu hari nnt bila ajal menjemput, tulisan tinggal sebagai rakaman tentang kehidupan ku.. kehidupan yang mengajar aku tentang erti kesabaran dan ketabahan..

Maaf jika ada yg terasa dengan setiap patah yg ditulis dlm blog ni...

No comments:

Post a Comment