Tuesday 27 December 2011

Songlap yang Lemau...



Sinopsis:
Berlatarkan bandar metropolitan Kuala Lumpur, SONGLAP mengikuti kisah dua adik-beradik – AM (Shaheizy Sam) dan AD (Syafie Naswip) yang melibatkan diri dalam sindiket penjualan bayi yang diuruskan oleh seorang wanita bergelar MAMA. Kehidupan dua adik-beradik ini jauh berbeza; AM mengambil kesempatan dengan menggunakan business MAMA sebagai jalan pintas mendapatkan wang untuk kegiatan judinya, sementara AD mengimpikan kehidupan yang lebih baik dengan menyertai pertandingan tarian B-Boy.
AD mula menyedari impiannya mungkin tidak tercapai setelah kehilangan kawan karibnya RAZAK kepada kancah dadah dan melihat dengan matanya sendiri nasib gadis-gadis muda yang dijual kepada sindiket pemerdagangan manusia. Apabila adik RAZAK, HAWA (Sara Ali), yang sedang hamil terjebak dengan sindiket ini, AD tidak boleh menutup mata kepada situasi ini lagi dan terpaksa berlumba dengan masa untuk menyelamatkan HAWA tanpa menyedari bapa Hawa, PAK DIN juga sedang mencari anaknya yang telah hilang. Akan tetapi, niat baik AD untuk menolong HAWA telah menggoyahkan hubungannya dengan AM, dan pergelutan mereka akhirnya mencecah tebing maut. Berdepan dengan godaan dan pengkhianatan, dan dihambat samseng ganas di jalanraya, siapakah yang akan menang dalam pertaruhan nyawa antara dua saudara ini?

Itu dia serba sedikit cerita Songlap.. Pada aku, ada mesej yg baik utk di sampaikan.. tp rasayer mesej yg cuba diketengahkan tu tak berapa nak smpai..Jarang2 rasa yer Shaheizy Sam berlakon filem keluaran company lain selain David Teo punyer citer. Atas ajakan & pengaruh member terjebak la tgk citer ni.. Hampeh.. tak ler best mana pun.. jalan cerita slow.. mendatar.. ending tergantung.. pelik erk.. cerita melayu mmg suka buat ending tergantung.. seolah2 mcm citer xabis.. kalo iyer pun nak buat sambungan jgn la smpai ending terkontang kanting.. Org dlm panggung tu pun tak ramai.. setakat nak alih2 tmpt mmg buleh aje la.. Kesimpulannya cerita ni agak lemau.. tak ranggup langsung...  peace yoo!!!

2 comments:

  1. tak best ker..aku belum tengok lagi..baru ingat nak p tengok weekend ni..tak jadilah tengok on9 je jimat duit..

    ReplyDelete
  2. xbest.. citer die biasa2 je.. tak tgk pun xpe.. bazir duit je... org kat panggung pun xberapa ramai.. xmcm ombak rindu pack...

    ReplyDelete